my rambling site
afternoonmiss.blogspot.com
WRiTe aND SHaRe a SToRY
salam buat pembaca
lama gak tak blogging huhuhu . Cuti -cuti ni dipenuhi dengan jemputan-jemputan kahwen. Maaf Mamat (fren technic) aku tak kesempatan gi majlis hang. Pe pun tahniah. Begitu juga tahniah untuk Era (fren trendak), Azian(fren technic), Yana(fren dkhp), Azliza( adik ina). Semoga bahagia hingga akhir hayat. Sebenarnya aku buntu nak tulis apa..hehehe nanti lah sambung lagi.bye..
|
Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara
Negeri bagi Sekolah Rendah dan Menengah |
|
Tinggal lagi seminggu sahaja aku akan bersekolah. Yang pasti semua menunggu 7 hb ni untuk mengetahui keputusan e-transfer.Aku? dalam mengharap dan tidak terlalu berharap.Apa beza?
Tapi bila pelajar tanya cekgu tahun depan masuk bila sekolah? Aku akan menjawab:Saya pindah tahun depan.
Berangan bak kata Celest. Mmmm tak pasti berapa lama lagi akan bekerja disini…
Pelajar akan pulang 11 hb sebab kertas pertama SPM akan bermula pada hari itu. Sekolah tempat aku bekerja ni memang akan balik awal berbanding jadual persekolahan sebenar.Ini disebabkan oleh tiada kelas mencukupi untuk pembelajaran dan pengajaran disebabkan oleh peperksaan SPM. Aku akan balik 12 hb penerbangan awal pagi dengan MAS. Selepas itu terus ke Alor Star.
Mula memikirkan nak buat apa sepanjang cuti sekolah? Cadangan? Pelik manusia ini bila kerja nak cuti bila cuti lama mula lah nak pergi sekolah ![]()
Tahun depan, mesyuarat staf pertama pada 2 hb Jan ( Jumaat) dan pendaftaran pelajar pada 3 hb Jan. Persekolahan bermula 5 hb Jan.
Wah sekejapnya masa berlalu, rasa macam baru sahaja aku sampai di Bakong. Tahun depan tahun ke 4 jika aku masih lagi disini. Apa-apa pun menunggu 7 hb ni untuk mengetahui keputusannya.
Jika jawapan mengecewakan? mmmm lama lagilah rasanya duduk sini selagi tidak berkahwin. Sebabnya aku tiada KABEL LETRIK yang besar untuk membantu. huhuhuuhu SABAR JE……
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
Semalam, pelajar aku, Christina Lenjai datang ke rumah membawa plastik : cegu! nah cegu, buah labu.
Aku sambil senyum ucap terima kasih.
Hari nie masa terakhir kelas Science 1I,Ting Tze Hock pelajar ku : Cegu nanti sebelum balik ambil buah ya dari saya.Saya bawa buah rambutan untuk cegu.
Aku : owh, terima kasih banyak.
Hehehe tahun lepas, aku dapat buah durian, mau satu bilik guru bau. Apa-apa pun terima kasih banyak. Guru tak mengharapkan pemberian dari anak muridnya cuma kejayan dan ingatan sudah cukup.
Seperti ada yang tak kena
Saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa
Maafkan andainya ku mengganggu
Bukan membaca fikiranmu
Hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu
Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak perasan
Perbezaannya…
Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah…
nyanyian Sheila Abdul.Best..mula ingat ct yg nyanyi
Bosan bila baca akhbar online..
semuanya fasal Mawi n ekin..tv pun sama.
Adakah tiada cerita lain lagi yang perlu ditulis..
Aku dari dulu zaman af dia lagi tak berkenan ngan dia..tak suka!
Sape2 fan dia jgn mara.
Memang aku tak suka! hahaahah
Sape lagi tak suka Mawi sila angkat tangan.?
25 oktober
Tema Hari Keluarga tahun nie..mcm pernah dengar ya ![]()
pagi terdapat pelbagai aktiviti antaranya senam robik, tarian poco-poco, pertandingan win loose or draw(gara-gara hujan dan x leh main futsal n volleyball),pertandingan memasak bagi staf lelaki.
Malam..mahu bingit telinga. Dengan penubuhan kumpulan 2Days..live band bakong.Masing-masing “menyumbangkan” suara. Ramai yang berbakat termasuk my bos pun tunjuk bakat.
Aktiviti ditunggu lucky draw..huhuhu tapi since dok cni tak pernah bertuah. napelah tak dapek..
Here i put some photos :
i hate micro teaching,
i hate being observe,
i hate because lots of things must do!
i hate.