October, 2008Archive

Oct 27

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Oct 27

Semalam, pelajar aku, Christina Lenjai datang ke rumah membawa plastik : cegu! nah cegu, buah labu.

Aku sambil senyum ucap terima kasih.

Hari nie masa terakhir kelas Science 1I,Ting Tze Hock pelajar ku : Cegu nanti sebelum balik ambil buah ya dari saya.Saya bawa buah rambutan untuk cegu.

Aku : owh, terima kasih banyak.

Hehehe tahun lepas, aku dapat buah durian, mau satu bilik guru bau. Apa-apa pun terima kasih banyak. Guru tak mengharapkan pemberian dari anak muridnya cuma kejayan dan ingatan sudah cukup.

pemberian dari anak murid ku.

pemberian dari anak murid ku.

pemberian anak murid ku.

pemberian anak murid ku.

Oct 26

Seperti ada yang tak kena
Saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku mengganggu
Bukan membaca fikiranmu
Hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak perasan
Perbezaannya…

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah…

nyanyian Sheila Abdul.Best..mula ingat ct yg nyanyi

Oct 26

Bosan bila baca akhbar online..

semuanya fasal Mawi n ekin..tv pun sama.

Adakah tiada cerita lain lagi yang perlu ditulis..

Aku dari dulu zaman af dia lagi tak berkenan ngan dia..tak suka!

Sape2 fan dia jgn mara.

Memang aku tak suka! hahaahah

Sape lagi tak suka Mawi  sila angkat tangan.?

Oct 25

25 oktober

Tema Hari Keluarga tahun nie..mcm pernah dengar ya :)
pagi terdapat pelbagai aktiviti antaranya senam robik, tarian poco-poco, pertandingan win loose or draw(gara-gara hujan dan x leh main futsal n volleyball),pertandingan memasak bagi staf lelaki.

Malam..mahu bingit telinga. Dengan penubuhan kumpulan 2Days..live band bakong.Masing-masing “menyumbangkan” suara. Ramai yang berbakat termasuk my bos pun tunjuk bakat.

Aktiviti ditunggu lucky draw..huhuhu tapi since dok cni tak pernah bertuah. napelah tak dapek..

Here i put some photos :

aktiviti diawal pagi,(penulis hanya menyokong dibelakang :) )

aktiviti diawal pagi,(penulis hanya menyokong dibelakang :) )

wei wani, orang lain dok senamrobik , korang dok makan kat belakang

wei wani, orang lain dok senamrobik , korang dok makan kat belakang

tengok cheng (berbaju kuning) sampai bersilang-silang kaki menari poco-poco

tengok cheng (berbaju kuning) sampai bersilang-silang kaki menari poco-poco

ela ngan bakul bawang nya :P

ela ngan bakul bawang nya :P

kushyuk nak menang,

kushyuk nak menang,

sempat lagi si jalil bermanja ngan dawin...masak-masak

sempat lagi si jalil bermanja ngan dawin...masak-masak

syarif, masak apa tue? heman hang cari apa bawah meja tu?

syarif, masak apa tue? heman hang cari apa bawah meja tu?

live band from bakong...

live band from bakong...

bakat terpendam

bakat terpendam

Oct 23

i hate micro teaching,

i hate being observe,

i hate because lots of things must do!

i hate.

Oct 23

kurang rajin,

keje banyak,

nak tido puas-puas,

nak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Oct 12

salam, agak lama juga tak hantar post, bukan apa coz line broadband slow gile.

27 september, terbang ke kl from miri, tapi flight tak berapa ok coz asyik langgar awan je. pahtu transit kat kuching, lagi kecoh disebabkan flight from kl ke kk transit kat kuching disebabkan masalah penerbangan.pendek kata bila terbang ni mcm2 perasaan ada.aku paling tak suka bila nak landing coz hanya pilot yg teror je bila landing dia smooth..sesetengah tu mcm buah nangka jatuh bedebub heheheeh pengalaman tahun lepas 1jam di udara berpusing coz tak dapat landing dikuching disebabkan cuaca tak elok, nasib lah time tu naik MAS so more trusted.

sebelum raya, kami adik beradik g a.star. GILER….sesak..jam..parking tak de. padahal baru hari Ahad time tu, 2 hari before raya.

raya, kitaorg balik kg ziarah wan n sedara mara. tu pun kejap je coz abah dah tak larat.rasanya perasaan sebelum nak raya lagi best jika dibandingkan masa raya, coz time tu berkobar-kobar nak balik kg,heheeh

raya ketiga, aku n k.dilah g raya umah ina.Request k.dila nasi ayam so dapatlah dia makan nasi ayam kat umah ina. lama gak kat umah ina ngan mcm-mcm citer,kdila sibuk nak g kusus kawen,katanya kalo g bley dapat jodoh..ntah? soknya g raya umah k.dila plak. ngan laksa sarawak dia, perencah aku yg belikan dari miri.semenanjung mana nak cari.apa mimpi ntah k.dila nak wat laksa sarawak.raya umah aku, dapat makan kek lapis sarawak la.hehehe since keje kat cni kek tu dah mesti ada time raya coz org akan tanya.

Ahad 5 okt dah balik ke miri, ramai giler org kat lcct, nasib mc lyn pun balik sama waktu so lepak ngan dia kat food garden lcct, pastu terserempak ngan k.wan n ustaz menghantar adik nya g sabah, wah kecoh ngan citer-citer hot dari Bakong..soklan k.wani utk aku n mc lyn, biasalah…

ramai gak cegu bakong 1flight, sampai je kat miri, hafiz dah dtg bawa keta wani, pahtu saiful plak ngan safrina dah menyuruh g raya umah diaorg ptg tu gak..dah la kitaorg aku,mc lyn n wani lapar nasi. g umah saiful makan spagetti ngan mcm2 jenis kek lapis, pahtu g umah safrina ngan kek lapis yg come2 ngan soto. tapi yg menarik org sarawak raya, walaupun masa g umah saf n saiful masih lagi ada tetamu2 siap pakai baju melayu n sampin lagi, kitaorg je berjeans hehe mana taknya baru sampai kawasan umah safrina lagilah meriah ngan lampu lip lap. pendek kata org sarawak memang meriah raya.

selepas raya, busy ngan keje2 kat sekolah, ngan meetin n program2 sekolah. semalam je program majlis izin ilmu pmr. majlis untuk pelajar pmr minta ampun dan maaf pada guru dan ibu bapa. biasalah time majlis smua nangis sakan. lepas majlis jadi hantu balik. rasanya aku dulu tak de pun majlis mcm nie. dengan sendiri ramai-ramai ngan kengkawan akan jumpa sendiri cegu minta maaf n minta doakan semoga lulus. skarang langsung n jangan harap! berlanggar bahu ngan cegu lagilah adalah.peksa pmr seminggu so seminggu pelajar ting1,2,4 akan kat padang main futsal. tinggal lebih kurang 4 minggu lagi akan tamat sesi persekolahan tahun ni. rasa macam sekejap je tahun ni berlalu..

yummy...

yummy...

cantik kan..

cantik kan..