Nov 21
salam buat pembaca
lama gak tak blogging huhuhu . Cuti -cuti ni dipenuhi dengan jemputan-jemputan kahwen. Maaf Mamat (fren technic) aku tak kesempatan gi majlis hang. Pe pun tahniah. Begitu juga tahniah untuk Era (fren trendak), Azian(fren technic), Yana(fren dkhp), Azliza( adik ina). Semoga bahagia hingga akhir hayat. Sebenarnya aku buntu nak tulis apa..hehehe nanti lah sambung lagi.bye..
Nov 01
Tinggal lagi seminggu sahaja aku akan bersekolah. Yang pasti semua menunggu 7 hb ni untuk mengetahui keputusan e-transfer.Aku? dalam mengharap dan tidak terlalu berharap.Apa beza?
Tapi bila pelajar tanya cekgu tahun depan masuk bila sekolah? Aku akan menjawab:Saya pindah tahun depan.
Berangan bak kata Celest. Mmmm tak pasti berapa lama lagi akan bekerja disini…
Pelajar akan pulang 11 hb sebab kertas pertama SPM akan bermula pada hari itu. Sekolah tempat aku bekerja ni memang akan balik awal berbanding jadual persekolahan sebenar.Ini disebabkan oleh tiada kelas mencukupi untuk pembelajaran dan pengajaran disebabkan oleh peperksaan SPM. Aku akan balik 12 hb penerbangan awal pagi dengan MAS. Selepas itu terus ke Alor Star.
Mula memikirkan nak buat apa sepanjang cuti sekolah? Cadangan? Pelik manusia ini bila kerja nak cuti bila cuti lama mula lah nak pergi sekolah 
Tahun depan, mesyuarat staf pertama pada 2 hb Jan ( Jumaat) dan pendaftaran pelajar pada 3 hb Jan. Persekolahan bermula 5 hb Jan.
Wah sekejapnya masa berlalu, rasa macam baru sahaja aku sampai di Bakong. Tahun depan tahun ke 4 jika aku masih lagi disini. Apa-apa pun menunggu 7 hb ni untuk mengetahui keputusannya.
Jika jawapan mengecewakan? mmmm lama lagilah rasanya duduk sini selagi tidak berkahwin. Sebabnya aku tiada KABEL LETRIK yang besar untuk membantu. huhuhuuhu SABAR JE……