Tinggal lagi seminggu sahaja aku akan bersekolah. Yang pasti semua menunggu 7 hb ni untuk mengetahui keputusan e-transfer.Aku? dalam mengharap dan tidak terlalu berharap.Apa beza?
Tapi bila pelajar tanya cekgu tahun depan masuk bila sekolah? Aku akan menjawab:Saya pindah tahun depan.
Berangan bak kata Celest. Mmmm tak pasti berapa lama lagi akan bekerja disini…
Pelajar akan pulang 11 hb sebab kertas pertama SPM akan bermula pada hari itu. Sekolah tempat aku bekerja ni memang akan balik awal berbanding jadual persekolahan sebenar.Ini disebabkan oleh tiada kelas mencukupi untuk pembelajaran dan pengajaran disebabkan oleh peperksaan SPM. Aku akan balik 12 hb penerbangan awal pagi dengan MAS. Selepas itu terus ke Alor Star.
Mula memikirkan nak buat apa sepanjang cuti sekolah? Cadangan? Pelik manusia ini bila kerja nak cuti bila cuti lama mula lah nak pergi sekolah ![]()
Tahun depan, mesyuarat staf pertama pada 2 hb Jan ( Jumaat) dan pendaftaran pelajar pada 3 hb Jan. Persekolahan bermula 5 hb Jan.
Wah sekejapnya masa berlalu, rasa macam baru sahaja aku sampai di Bakong. Tahun depan tahun ke 4 jika aku masih lagi disini. Apa-apa pun menunggu 7 hb ni untuk mengetahui keputusannya.
Jika jawapan mengecewakan? mmmm lama lagilah rasanya duduk sini selagi tidak berkahwin. Sebabnya aku tiada KABEL LETRIK yang besar untuk membantu. huhuhuuhu SABAR JE……
12:29 pm - 11-1-2008
Insyaallah. Dr zuki pernah cakap pada aku, “Yani, kalau Allah nak bagi kamu rezeki itu, kamu akan dapat. Dan Allah ada sebab untuk bagi atau tidak.” Tawakkal, ubat yang paling baik. Hadapi segalanya dengan tabah. Walau pahit, hidup mesti terus. Kalau aku ada cuti macam kau, aku akan bahagiakan orang aku paling sayang (mak dan ayah). Akan spend masa itu untuk buat apa sahaja, sebab bila aku kahwin, suami adalah yang pertama, dan aku rindu saat2 aku anak dara dan jadi anak emak…
8:37 pm - 11-1-2008
InsyaAllah boleh dapat tu. Dah 4 tahun, masa kan diorang tak bagi pindah. Nak tunggu lagik 10 tahun ker? mintak mintak dijauhkan jek la…hehehhehe
1:06 am - 11-2-2008
Tulah yani: Time cuti aku jadi surirumah hahahah walaupun blom kawen lagi. Tolong wat keje kat umah lah..
Dobot : 10 tahun? huhuuhu tak mahu den. Kang jadi anak dara tua kat cni..huhuhu kamek sik mau.