Oct 23

kurang rajin,

keje banyak,

nak tido puas-puas,

nak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Oct 12

salam, agak lama juga tak hantar post, bukan apa coz line broadband slow gile.

27 september, terbang ke kl from miri, tapi flight tak berapa ok coz asyik langgar awan je. pahtu transit kat kuching, lagi kecoh disebabkan flight from kl ke kk transit kat kuching disebabkan masalah penerbangan.pendek kata bila terbang ni mcm2 perasaan ada.aku paling tak suka bila nak landing coz hanya pilot yg teror je bila landing dia smooth..sesetengah tu mcm buah nangka jatuh bedebub heheheeh pengalaman tahun lepas 1jam di udara berpusing coz tak dapat landing dikuching disebabkan cuaca tak elok, nasib lah time tu naik MAS so more trusted.

sebelum raya, kami adik beradik g a.star. GILER….sesak..jam..parking tak de. padahal baru hari Ahad time tu, 2 hari before raya.

raya, kitaorg balik kg ziarah wan n sedara mara. tu pun kejap je coz abah dah tak larat.rasanya perasaan sebelum nak raya lagi best jika dibandingkan masa raya, coz time tu berkobar-kobar nak balik kg,heheeh

raya ketiga, aku n k.dilah g raya umah ina.Request k.dila nasi ayam so dapatlah dia makan nasi ayam kat umah ina. lama gak kat umah ina ngan mcm-mcm citer,kdila sibuk nak g kusus kawen,katanya kalo g bley dapat jodoh..ntah? soknya g raya umah k.dila plak. ngan laksa sarawak dia, perencah aku yg belikan dari miri.semenanjung mana nak cari.apa mimpi ntah k.dila nak wat laksa sarawak.raya umah aku, dapat makan kek lapis sarawak la.hehehe since keje kat cni kek tu dah mesti ada time raya coz org akan tanya.

Ahad 5 okt dah balik ke miri, ramai giler org kat lcct, nasib mc lyn pun balik sama waktu so lepak ngan dia kat food garden lcct, pastu terserempak ngan k.wan n ustaz menghantar adik nya g sabah, wah kecoh ngan citer-citer hot dari Bakong..soklan k.wani utk aku n mc lyn, biasalah…

ramai gak cegu bakong 1flight, sampai je kat miri, hafiz dah dtg bawa keta wani, pahtu saiful plak ngan safrina dah menyuruh g raya umah diaorg ptg tu gak..dah la kitaorg aku,mc lyn n wani lapar nasi. g umah saiful makan spagetti ngan mcm2 jenis kek lapis, pahtu g umah safrina ngan kek lapis yg come2 ngan soto. tapi yg menarik org sarawak raya, walaupun masa g umah saf n saiful masih lagi ada tetamu2 siap pakai baju melayu n sampin lagi, kitaorg je berjeans hehe mana taknya baru sampai kawasan umah safrina lagilah meriah ngan lampu lip lap. pendek kata org sarawak memang meriah raya.

selepas raya, busy ngan keje2 kat sekolah, ngan meetin n program2 sekolah. semalam je program majlis izin ilmu pmr. majlis untuk pelajar pmr minta ampun dan maaf pada guru dan ibu bapa. biasalah time majlis smua nangis sakan. lepas majlis jadi hantu balik. rasanya aku dulu tak de pun majlis mcm nie. dengan sendiri ramai-ramai ngan kengkawan akan jumpa sendiri cegu minta maaf n minta doakan semoga lulus. skarang langsung n jangan harap! berlanggar bahu ngan cegu lagilah adalah.peksa pmr seminggu so seminggu pelajar ting1,2,4 akan kat padang main futsal. tinggal lebih kurang 4 minggu lagi akan tamat sesi persekolahan tahun ni. rasa macam sekejap je tahun ni berlalu..

yummy...

yummy...

cantik kan..

cantik kan..

Sep 24

how dare he lied to me! belajar pun tak abis, merangkak, nak tipu cegu.geram sangat-sangat hari nie ngan my student si joyce anjan nansan.

terlalu marah sampai mengigil n apa lagi berbakul juga perkataan yg aku tak suka sebut disebut.rekod aku pecah tahun ini.after 2 years.

since jadi warden juga perkataan aku tak mahu sebut itu juga keluar disebabkan budak yg wat tak tau.celest n wena cakap kalo jd warden disini menempatkan diri ke neraka.

ada beberapa org dikalangan cegu nie jenis tak mau ambil tahu n wat tak tahu apa yg student buat.dengan alasan lain bangsa n agama, lantak dia!

tapi aku tak boleh, mungkin aku ni dikalangan pembebel setia,cuba menyedarkan pelajar-pelajar ku.sedih tul apalah nasib mereka ini yg msih tertutup minda.

Sep 23

melihat dan merasai sendiri pengalaman sepanjang disini mungkin ada yang tidak menduga adakah ini senario yg berlaku pada anak-anak zaman ini yg percuma buku teks,photostat, makanan dan banyak lagi.

adakah anak-anak ini masih belum lihat dan tahu apa yang berlaku diluar ruang lingkup disini?aarghh anak-anak.

anak-anak sekecil paras pinggang ku yang berhingusan yang berumur 13tahun sanggup malam gelita meredah semak semata-mata minuman yang memabukkan,bila ditanya hanya menunjukkan rasa tidak puas hati.aaargh anak-anak.

apalah yang dipuaskan dengan asap sehingga sanggup menyelinap semata-mata hanya asap tersebut? hanya asap tersebut anak-anak ini sudah belajar menyeledup dan berniaga.

apa yang diberi percuma, anak-anak ini tidak tahu bagaimana untuk bersyukur.Fikirku patut sahaja ditarik balik semuanya. Makanan dibuang merata semasa makan didewan seolah-olah tiada nilainya.Tepian longkang juga yang menjadi idaman dan rebutan sianak-anak ini untuk bertinggung makan.Sedangkan bangku yang panjang,meja yang luas sudah cukup menyelesakan.Namun sungguh kasihan meja-meja dan bangku-bangku ini yang tidak menjadi idaman rebutan hati anak-anak ini.

anak-anak..sesungguhnya Iqra’;bacalah. namun sungguh sedihnya buku-buku teks percuma ini ditinggalkan merata di seluruh kawasan.Mungkin jika ia boleh bercakap tentunya banyak yang dirungutkan.Malu tiada berbaju gara-gara anak-anak ini,aku pula pengutip setia buku-buku yang ditinggalkan.

apakah kesusahan yang mereka alami tidak menyedarkan anak-anak dalam memikirkan dan memilih untuk belajar?kenapa yang kiri juga dipilihnya?

banyak yang hendak diluahkan dan memikirkan apa yang dicari sebenarnya. Bagiku pendidikan tidak mengenal bangsa atau agama.Biarpun berbeza, yang salah tetap salah dan perlu dibetulkan walaupun kita berbeza.

Sep 21

RiNdU NaK bAlIk KaMpUnG.

Sep 17

menariknya news yg aku sempat baca dalam bhrian online walaupun kes ni dah beberapa bulan yg lepas…

Ratu pondan tukar kerja pentadbiran

KUALA LUMPUR: Guru yang mengaku bersalah terhadap tuduhan menyertai pertandingan ratu pondan di Mahkamah Syariah di Bachok, Ahad lalu, tidak akan kembali menjalankan tugas mengajar, sebaliknya ditukarkan kepada kerja pentadbiran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata mereka yang bertindak bertentangan norma, terutama jika turut berperwatakan jantina lain, tidak sesuai menjalankan tugas mengajar kerana guru contoh kepada pelajar.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan ditetapkan selepas Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Pelajaran yang dipengerusikannya bersama Ketua Setiausaha bersidang dan meneliti kes berkenaan.

sememangnya isu ini dah lama..masih teringat masa belajar dulu ada bakal2 cekgu yg berkarekter seperti itu sedangkan dia mengambil course Bimbingan dan Kaunseling..adakah kerana majoriti guru adalah perempuan dan yang lelaki pun mula terpengaruh?…

dikalangan pelajar ku juga ada yg bersifat sedemikian,adalah juga beberapa kali menasihati..kenapa perlu menidakkan apa yang telah dicipta oleh Allah swt? sesungguhnya setiap ciptaan itu ada keistimewaanya..yang penting bersyukur.

Masih teringat kembali tulisan yang ditulis didalam bilik guru semasa aku bersekolah dahulu..

“GURU KENCING BERDIRI,MURID KENCING BERLARI…”

Sep 16

asyik mengira hari bila nak balik..

walaupun dah 27 thn masih lagi rindu nak balik..

kalo diingatkan kembali tak pernah duduk lama dirumah..

rasanya cuma masa kecil sehinggalah tingkatan 3 itu pun bukan di Kedah tetapi dibesarkan di merata tempat dan paling lama di Melaka.Ialah adik ku yang 4 dan 5 lahir di Hospital Kem Terendak,Melaka.

sekolah rendah dan menengah beberapa kali tukar kesannya slalu lupa kawan tu sekolah dimana ya?

form4 n form 5 duduk d bukit piatu..homesick jugalah..aku antara penunggu setia public phone..nak kuar dari teknik tapi tak dapat..

dah la masa tu abah kene pindah ke Kem Batu 10 kuantan

after form 5, tunggu result spm keje tak sampai 2 bulan kat kedai di kuantan

then dapat masuk upm doing diploma 2yrs

family pindah balik kedah,abah pencen.

after that continued degree 4 yrs for education ( 1st batch 4yrs)

then g praktical kat SMK Sungai Rambai,Melaka ..

after praktical balik kedah.keje sementara kat BATA di alor star

convo 2005..

disember 2005 got result posting

jan 2006 sampai ke Sarawak

september 2008 masih lagi di bumi Sarawak…

bila lah agaknya boleh duduk dekat ngan family..

raya nie lah masa berkumpul..semua ada InsyaAllah tapi lupa lak K.long raya mana dulu tapi nasiblah abg ipar org ctu juga..tahun depan tak pasti lagi masih dapat berkumpul cukup korum atau tak..?

mengira hari nak balik kampung..yeyeyeye

Sep 12

starting august till september, merupakan bulan yang sibuk disekolah akhirnya kesannya terhadap semualah.. bermula dengan bulan kemerdekaan hingga hari ni Anugerah Hari Kokurikulum..penat sesangat..dalam bulan2 posa nie aktivit sekolah tetap rancak..minggu depan gotong royong pibg dan 26 Hari Anugerah Pelajar pula..cukup la dengan 2 aktiviti besar yg aku menjadi ketua..untuk hari ni je dari bulan ogos sibuk dan pening ngan hadiah n sijil2 pelajar..almost 700 certificates..malam tadi berulang kali aku menyusun,check takut tercicir..sakit pinggang dibuatnya..tapi legalah dah setel tadi.Alhamdulillah..tugas seterusnya AJK peralatan untuk Hari Anugerah Pelajar..

Sep 07

dua tiga menjak nie petang-petang dan malam asyik hujan sahaja..senario hujan di cni..amat berbeza mengikut setiap orang..

kalo hujan turun masa sekolah ..alamatnya banjirlah sekolah bakong nie..nak g kelas pun mula lah dok angkat-angkat kain.cegu perempuan sekolah ni mmg tak pakai heels smua flat sandal..sebabnya masing2 sayang ngan heels kalo berlumpur..dan aku pun akan berjalan pun perlahan-lahan takut jatuh..malu wei nanti..so far blom pernah….cegu lelaki nasiblah tak payah kiwi..dapat je kiwi free warna coklat.

kalo hujan turun masa mengajar..tak payahlah susah-susah untuk meninggikan volume suara…nanti akan rasa kekurangannya..ye lah bunyi hujan lebih kuat dari suara cegu…hehe dan aku pun berpengalaman pernah melawan suara ngan hujan akhirnya mengalah gara-gara nak habiskan silibus sebenarnya..last-last ok class open ur text book page bla..bla..do the excercise :)

kalo hujan turun masa mengajar..pelajar pun tak senang duduk..cegu abis baju basah..boley balikasrama tak cegu nak angkat baju? tanya pelajar-pelajar ku..Padahal jawapannya diaorg dah tau…dan esoknya ramai lah yang akan pakai tshirt dan selipar..bila ditanya, hujan cegu..baju basah,kasut basah.

kalo hujan masih lagi turun masa habis sekolah…pelajar-pelajar sekolah nie akan bergembira berlari balik ke asrama main hujan..mereka suka meredah hujan berbanding lalu laluan beratap..padahal petir berdentum..gembira sungguh dan berani..aku bunyi petir je dah kecut..

kalo hujan turun malam hari..warden2 senang hati.sebabnya pelajar asrama akan duduk dalam asrama diam-diam..dan tak akan merayau dan buat masalah…

kalo hujan turun pagi selasa…cegu-cegu dan pelajarlah paling gembira..
yeyeyeye..sebabnya tiadalah perhimpunan pagi…tapi esoknya akan diganti..huhuhuhu….

apa-apa pun hujan adalah rahmat dariNYA…

Sep 06

minggu nie seperti biasa hari-hari biasa..beza nya mula dah bulan puasa..hari selasa bos bagi briefing after perhimpunan…menariknya fasal egtukar.. antara kata-katanya: guru2 yang tiada sokongan diharapkan jangan mengisi permohonana tukar..mmmm..aku memandang wani..sambil dalam hati ahh peduli..heheh suka ati aku lah nak isi..huhuh dia cuma tandatangan je sama da lulus atau tak..aku cakap ngan wani..mu nak bagi alasan apa ek? wani: ntah!, tapi aku rasa geng2 kita nie sah2 la tak pindah..nape? tanya aku…padahal aku tau dah…sebabnya tak kawen lagi n tak cukup tempoh 4 tahun..huhu tension maaa…tak aci cegu yg baru masuk..dah la keje sikit,,pahtu merungut banyak..pastu nak pindah…huhuhuh

bayangkan kalo tak kuarkan kitaorg yg lama nie manalah yang baru nak masuk? betul tak? semalam suliati pun tanya: ko isi tak egtukar? aku jawab isi..peduli dia lulus atau tak yang penting isi..pahtu suliati tanya nak wat alasan apa? aku sambil tersengih cakap meh kita pakat wat alasan sukar mendapat jodoh kalo masih berada di Bakong ini yang dikelilingi pokok-pokok kelapa sawit dan hutan-hutan rimba…yang hanya kuar miri untukbeli barang makanan dan tak sempat nak jumpa org lain pun..

sekolah aku nie ramai yang masih bujang…bayangkan 78 cegu, yang dah kawen tak sampai separuh pun….

bos plak slalu suh mix around together2…dia harap ramai yg kawen sesama kitaorg lah tue..tapi cegu lelaki huhuhu? lelaki aka …….. :)

apa-apa pun nak isi gak…wat la alasan pe pun… apat ko nye alasan apa ek?